Friday, January 8, 2010

Cucur Udang Oat

Salam Tahun BARU to all,

Lama betul tak menulis ..biasalah new year agak busy sikit dengan kelas yang baru jer bermula. Anyway hari rasa teringin nak makan cucur udang. Balik kerja tadi i terpikir nak ubah sikit resipi cucur udang yang i biasa buat tu.Emm..not bad at all and i think that is the best way to diversify the usage of oat...Haha..bukan apa terpaksa makan kerana lately ni my cholestrol naik pulak.So pada sesiapa yang ader masa lapang dipersilakan mencuba resipi ini ye...

Bahan-bahan
1/2 labu bawang besar
6-7 sudu besar oat
3-4 sudu tepung gandum
beberapa tangkai daun kucai
7-8 ekor udang bersaiz sederhana
sedikit garam
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
Bawang dipotong dadu. Daun kucai di kerat lebih kurang 1.5 inci panjang. Masukkan kesemua bahan kedalam bekas dan gaul hingga rata. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bahan2 menjadi sebati. Panaskan minyak dan goreng adunan sedikit demi sedikit.


Daaaaaa.....Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment