Monday, November 16, 2009

Ayam Tomato Pedas

Hi! Dah lama tak menulis ni..sibuk dan sengaja menyibukkan diri jer..Last week ada few things yang perlu dilakukan such as menguruskan hal-ehwal perumahan, pembayaran lawyer fees sehinggalah attending ceramah ' Writing A Reflection Paper" di Shah Alam. alhamdullilah walau tak banyak at least i got some new knowledge. What ever it is bersyukur kepada Allah cause everything goes well as planned. Loan rumah pun dah approved menambahkan lagi kesyukuran..Amin..amin..

Semalam i've tried a new recipe which i thought nak kongsi kt blog ni..Kepada penggemar-penggemar ayam kalau inginkan kelainan boleh ler mencuba resipi yang tak seberapa ini..Oleh kerana ini adalah percubaan pertama maka i just name it as Ayam Tomato Pedas.

Bahan-bahan yg diperlukan:

1/2 ekor ayam
3-4 biji tomato (saiz besar)
10 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis
2 sudu madu
sedikit daun ketumbar
Minyak untuk menggoreng dan menumis
1 cawan air

Cara memasak:

Ayam dipotong ikut kesukaan dan cita rasa masing-masing serta digoreng sehingga kekuningan. Tomato dipotong dadu. Cili kering dikisar bersama bawang besar dan bawang putih. Langkah seterusnya adalah menumis bahan-bahan yang telah dikisar, setelah naik bau masukkan pula buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis serta biarkan seketika. Masukkan tomato yang telah didadu kedalam bahan tumisan, masukkan air dan biarkan sehingga tomato sebati dengan tumisan.Masukkan ayam, garam secukup rasa serta madu dan biarkan kuah masak selama 5 minit. akhir sekali masukkan daun ketumbar dan hidangan pun bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment